Datuk Ras Adiba Radzi Selamat Jalani Pembedahan, Jahit Semula Ligamen...
Syafiqah Jalal
26/02/2021 12:15 MYT
26/02/2021 12:15 MYT
Bekas personaliti televisyen, Datuk Ras Adiba Radzi selamat menjalani pembedahan di bahunya pada Sabtu lalu.
Menurut Ras Adiba ia merupakan pembedahan kedua selepas mengalami kecederaan lama ketika menolak kerusi roda dari Johor Bahru ke Putrajaya pada tahun 2003.
“Syukur pembedahan menjahit semula ligamen dan otot bahu serta lengan kiri saya, Sabtu lalu, lancar.
“Ia adalah pembedahan kedua selepas yang pertama dua tahun lalu di bahu kanan.
“Ini merupakan kecederaan lama, pabila saya menolak kerusi roda jarak jauh, dari Johor Baru ke Putrajaya, 490km pada 2003,” katanya.
Ras berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik foto hasil pembedahan tersebut.
Tambah Ras lagi dia bakal berehat dari sukan menembak sebelum kembali berlatih untuk mewakili negara tidak lama lagi.
“Rehat sebentar dari sukan menembak. Insya-Allah pulih nanti, akan saya kembali berlatih untuk mewakili negara,” maklumnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesembuhan Ras