Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Umirah Halim
24/04/2024 08:00 MYT
24/04/2024 08:00 MYT
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Datuk Red, 46, telah membuat pengakuan tersebut menerusi satu temubual di audio siar SYOK di platform Youtube.
"Orang tengok mungkin senang dan indah untuk kahwin dua tapi sebenarnya cabaran memang terlalu berat terutama sekali apabila ingin menjaga hati kedua-dua isteri saya.
"Saya sendiri akui memang tak mampu dan saya gagal lah untuk menjadi ketua keluarga disitu.
"Impian seorang suami bila berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan, kemesraan tapi saya cakap dekat isteri-isteri saya, saya gagal bagi mereka kebahagian seperti keluarga lain," katanya.
Sementara itu, Datuk Red bagaimanapun memaklumkan bahawa dia tidak akan lari daripada tanggungjawab terhadap anak-anak dan tetap mendoakan yang terbaik buat isteri-isterinya.
"Saya tak boleh beri mereka terutamanya bab kewangan, jadi saya cakap dekat mereka ini pun muda lagi ada masa depan lagi, kalau itu pilihan mereka saya reda dan doakan semoga mereka berjaya.
"Anak-anak pun tetap saya akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Kalau saya dah tiada itu, saya doakan mereka berjaya, saya tak nak bermusuh. Ada masalah boleh cari saya.
"Sebab mereka muda lagi, saya ini dah tua jadi saya fokus untuk jalankan tanggungjawab saya terhadap anak-anak dan langsaikan hutang saya," tambahnya lagi.
Terdahulu, rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adnan ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Berita Trending: Kontroversi Aliff Aziz, Sajat Dakwa ‘Ramalannya’ Benar Belaka - “Aku…
Datuk Red, 46, telah membuat pengakuan tersebut menerusi satu temubual di audio siar SYOK di platform Youtube.
Gagal beri kebahagian
Katanya, dia telah gagal untuk memberikan kebahagiaan kepada isteri-isterinya seperti keluarga lain."Orang tengok mungkin senang dan indah untuk kahwin dua tapi sebenarnya cabaran memang terlalu berat terutama sekali apabila ingin menjaga hati kedua-dua isteri saya.
"Saya sendiri akui memang tak mampu dan saya gagal lah untuk menjadi ketua keluarga disitu.
"Impian seorang suami bila berkahwin semestinya inginkan kebahagiaan, kemesraan tapi saya cakap dekat isteri-isteri saya, saya gagal bagi mereka kebahagian seperti keluarga lain," katanya.
Datuk Red tidak akan lari