VIRAL
Datuk Seri Aliff Syukri Kongsi Jumlah Kos Perbelanjaan Barang Rumah Cecah RM60,000 - “Rezeki Saya Alhamdulillah”
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan jumlah kos perbelanjaan bulanan di rumahnya mencecah sebanyak RM60,000.
Menerusi satu potongan klip siaran langsung di TikTok, Aliff Syukri atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata untuk kos makanan sahaja, dia perlu memperuntukkan sekitar RM15,000 sebulan bagi menampung keperluan seramai 14 orang penghuni di rumahnya.
“Rumah saya ada 14 orang, paling sikit RM15,000 untuk makanan. Rezeki saya, Alhamdulillah… walaupun tak banyak,” katanya.
Bagaimanapun, dia tetap meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan dan mampu menanggung komitmen bulanan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kerajinan Datuk Seri Aliff Syukri mencari rezeki untuk menyenangkan penghuni di rumahnya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
