Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Datuk Seri Najib Tidak Seceria Seperti Dulu” - Peguam

Gempak
14/09/2022 22:50 MYT
“Datuk Seri Najib Tun Razak tidak seceria seperti sebelum ini,” kata peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.

Semasa prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, peguam utama bekas Perdana Menteri itu berkata, sikap anak guamnya tidak seperti sebelum dirujukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan bagi masalah tekanan darah tingginya.

Beliau berkata, Najib mempunyai sejarah penyakit ulser dan ia menjadi semakin teruk sejak tiga bulan yang lalu.

Menurutnya, Najib tidak menyedari penyakit dalam perut itu mula serius dan hanya mengadu rasa tidak selesa.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tahap sel darah merahnya juga sangat rendah, beliau umpama bom jangka.

“Selepas dimasukkan ke HKL Isnin lalu, mukanya kemerahan, nampak agak teruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Sumber: Sinar Harian

#Najib Razak #Tidak Ceria