Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pengikut-pengikut di Instagram miliknya yang kini mencapai 7.8 juta pengikut.

Dalam satu entri di Instagram miliknya itu, Datuk Seri Siti juga menjelaskan perkara yang sering dikongsi olehnya dalam Instagram tersebut.

"Terima kasih untuk 7.8 juta followers saya di Instagram hari ini.

"Di sini, saya berkongsi tentang kehidupan dan kerjaya, seorang Siti Nurhaliza. Sebagai anak, adik, kakak, isteri, ibu, majikan, pengarah & pemilik syarikat, pengasas produk dan tentunya saya sebagai anak seni-penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu dan penerbit.

"Rutin harian, aktiviti seni, urusan perniagaan, promosi, gelagat menguruskan anak, hobi, santai bersama suami, keluarga, sahabat, semuanya adalah paparan peribadi saya di sini," tulis Siti.

Terima kasih untuk 7.8 juta followers saya di instagram hari ini. Di sini, Saya berkongsi tentang kehidupan dan kerjaya, seorang Siti Nurhaliza. Sebagai anak, adik, kakak, isteri, ibu, majikan, pengarah & pemilik syarikat, pengasas produk dan tentunya saya sebagai anak seni-penyanyi, penulis lirik, pencipta lagu dan penerbit. Rutin harian, aktiviti seni, urusan perniagaan, promosi, gelagat menguruskan anak, hobi, santai bersama suami, keluarga, sahabat, semuanya adalah paparan peribadi saya di sini. Semoga setiap perkongsian ini ada manfaat untuk saya, untuk anda dan untuk kita bersama-sama. Terima kasih semua. ❤️❤️❤️ @blackpepperproduction @nurulshukor_official @galeriariani

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Selain berterima kasih kepada semua, menurut Siti lagi dia berharap agar setiap perkongsian yang dikongsikannya bermanfaat untuk dirinya, untuk peminat-peminat dan pengikut-pengikut di Instagram miliknya itu.



Selain daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengikuti rapat dengan jumlah pengikut yang tinggi adalah Neelofa dengan 7.6 juta pengikut, manakala Zizan Razak pula dengan 7.4 juta pengikut.



Pelakon jelita Nora Danish kini mempunyai 7.1 juta pengikut di Instagram, manakala pelakon dan pengacara Mira Filzah mula menambah bilangan pengikut di Instagram dengan 6.6 juta pengikut.