Datuk Seri Vida Bakal Berkolaborasi Dengan Louis Vuitton?

Mya Amri
Ogos 5, 2017 07:47 MYT
Makin lama makin tinggi angan-angan yang dipasang oleh Datuk Seri Vida (DSV).
Baru sahaja mencipta viral melalui lagu I Am Me, terbaru DSV dikatakan bakal bekerjasama dengan jenama mewah, Louis Vuitton (LV).
Khabarnya, DSV bakal melancarkan koleksi beg mewah bersama (LV) dengan harga RM8,000 hingga RM13,000.
Beg rekaan DSV dan LV ini juga dikatakan edisi terhad dan bakal menggunakan label 'DSV LV'.
Jika benarlah kolaborasi ini berjaya dilaksanakan, DSV merupakan wanita pertama Asia Tenggara berjaya menambat hati LV, selain diangkat sebaris dengan personaliti lain yang pernah diberi penghargaan oleh jenama popular tersebut untuk berkolaborasi.
Di bawah merupakan insan-insan bertuag yang pernah bekerjasama dengan LV:
Yayoi Kusama
Louis Vuitton melancarkan koleksi dengan Yayoi Kusama pada 2012. Artis seni ini terkenal dengan corak polka-dotnya. Apa yang menarik tentang Yayoi adalah dia hidup di hospital orang gila dan berkarya di dalam hospital itu.
Stephen Sprouse
Sewaktu Marc Jacobs masih bekerja di Louis Vuitton, dia memilih untuk berkerjasama dengan Stephen Sprouse, seorang pakar yang bijak dalam seni grafiti serta simbahan rona-rona terang. Ini adalah diantara kolaborasi Louis Vuitton yang paling berjaya.
Takashi Murakami
Pada 2003, Takashi Murakami dijemput untuk mereka barang aksesori buat Louis Vuitton. Dia memasukkan elemen kawaii yang cukup popular dikalangan orang Jepun ketika itu. Beg Speedy dengan logo monogram dalam pelbagai rona adalah simbol paling terkenal di dalam koleksi eksklusif ini.
Sofia Coppola
Pengarah filem, Sofia Coppola diberi penghargaan oleh Louis Vuitton untuk mereka beg yang diberinama SC Bag.
Jeff Koons
Paling terbaru, Louis Vuitton memilih untuk bekerjasama dengan artis seni, Jeff Koons. Dia memilih untuk meminjam lukisan-lukisan ikonik dunia seperti Monalisa dan dicetak pada permukaan beg ikonik Louis Vuitton.
OLEH: THE YOUTH-PHORIA
#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida