Anak produser terkenal, Datuk Ziela Jalil, Dr. Puteri Julia Nabilah selamat melahirkan seorang bayi perempuan malam tadi.

Ziela berkongsi berita gembira itu beserta beberapa keping gambar di ruangan ‘Instagram Story’ nya.

Ziela turut melahirkan rasa bersyukurnya apabila menerima kehadiran cucu sulung.

“My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya Allah”, tulisnya.

Terdahulu, Ziela menganjurkan majlis doa selamat dan baby shower serba pink sambil menghitung detik kelahiran cucu pertamanya itu.

Dr. Puteri Julia Nabilah yang merupakan anak kepada Datuk Ziela Jalil dan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Dziya Faqhran pada 1 Julai 2018.