David Teo Sedih Bapa Meninggal Sebelum Tahun Baru Cina

Syafiqah Jalal
Februari 15, 2018 06:03 MYT
Produser filem popular David Teo akui bersedih kerana bapanya Teo Tuan Ching, 89, meninggal dunia semalam sebelum mereka sekeluarga menyambut Tahun Baru Cina.
David berkata, mendiang seperti sudah tahu hayatnya tidak lama kerana minta pulang ke rumah sendiri.
"Sebelum ini bapa tinggal di rumah saya di sini tetapi dua minggu lalu, dia mahu balik ke kampung halaman di Kampung Buluh Kasap, Segamat," katanya.
Bapanya meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Mendiang meninggalkan lapan orang anak termasuk David yang merupakan anak ketujuh.
David yang juga Mejar Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan pernah bekerjasama dengan beberapa pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Intan Ladyana
Sumber: Harian Metro
#Meninggal Dunia #David Teo #Produser