David & Victoria Beckham Rai Ulang Tahun Ke-20

Asraf Aided
Julai 4, 2019 12:53 MYT
Pasangan popular, David dan Vicoria Beckham menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 hari ini.
Berita itu dikongsi bekas pemain bola sepak terkenal tersebut menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
David meluahkan kegembiraannya dan mengimbas kembali kenangan mereka dengan memuat naik beberapa gambar 'throwback' di entri itu.
"Wow 20 years, look what we created, love you so much," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut David mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya dan Victoria.
Sementara itu, Victoria turut berkongsi beberapa momen indah sepanjang bahtera perkahwinan mereka di ruangan IGnya.
"20 years today. I love you so much," tulisnya ringkas.
Terdahulu, pasangan ikonik ini mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999.
Hasil rumah tangga yang dibina, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Harper dan Cruz.
#David Beckham #Victoria Beckham