Jika anda sering menonton sitkom Korea yang dialih bahasa di laman Facebook DaebaKing, pasti akan mengenali watak Hidayah atau Dayah.

Dilakonkan oleh Lee Sae Young, watak tersebut mendapat tempat dalam kalangan penonton kerana gelagat Dayah yang kelakar.

Walaubagaimanpun, pastinya ramai bersetuju wajah dan penampilan Lee Sae Young ini sedikit berbeza dengan apa yang ditampilkan dalam kebanyakan wajah pelakon Korea lain.

Dalam erti kata lain, dalam konteks industri Korea, wajahnya mungkin tidak begitu komersial dan berkemungkinan hanya mengharapkan bakat semata-mata.

Mungkin disebabkan itu jugalah Lee Sae Young mengambil keputusan untuk membuat perubahan drastik.

Menerusi beberapa posting terbaru di Instagram, pelakon tersebut telah memuat naik wajahnya yang sangat berbeza.

Malah, jika tidak kerana akaun Instagramnya itu, pasti orang ramai tidak dapat mengecam Lee Sae Young kerana wajahnya sungguh berbeza.

Rata-rata peminat khususnya dari Malaysia juga terkejut dengan penampilan baru tersebut.

Ramai yang berpendapat pelakon tersebut telah melakukan pembedahan plastik hingga mengubah bentuk wajahnya begitu ketara.

Tidak kurang juga yang kecewa dengan perubahan berkenaan dan pada masa sama mahukan ‘Dayah’ yang lama.