Hiburan

Dayana Amerda Umum Hamil Anak Pertama

gempak
Zulaikha Yusof
10/01/2020
03:20 MYT
Sponsor Banner
Dayana Amerda Umum Hamil Anak Pertama
Bintang Idola Kecil Musim Kedua, Dayana Amerda telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama di akaun Instagram miliknya.
Menerusi foto imbasan ultrasound yang dimuat naik, Dayana berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.
"Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu).
"Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insya-Allah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik.
"Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat.
"Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian.
"Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul.
Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak.
"Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya (HR Ahmad)," tulisnya.
Dayana bagaimanapun tidak mendedahkan usia kandungan yang sedang dikandungnya.
Rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segalanya akan dipermudahkan.
Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana dan pelakon Hadi Mazlan mulai rapat menerusi drama Epit & Elly.
Cinta monyet pasangan itu membawa ke jenjang pelamin setelah mereka disatukan pada 15 Jun tahun lalu.
‎ما شاء الله Alhamdulillah. Gambar sebelum proses scan bermula (tangkap gambar tv dulu). . Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, insyaAllah. Berdebar rasanya, jazakumullahu khairan buat kalian yang selalu mendoakan dan mengirim kata kata yang baik. Buat yang sedang menanti zuriat, percayalah bahawa Allah akan hadirkan cahaya mata pada waktu yang terbaik dan paling tepat. Abaikan pandangan dan mulut manusia, kerana Allah tidak memandang kalian sebagaimana manusia yang tidak beriman dengan qada’ & qadar serta luasnya rahmatNya memandang ujian kalian. Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang mandul. Sabda Nabi: “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” (HR Ahmad).
A post shared by دايانا (@dayanaamerda) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live