Pelakon jelita Dayana Roza berkongsi gambar yang di 'repost' daripada Instagram bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo yang berasal daripada Spanyol. Pertemuan mereka kali ini di Bali, Indonesia.
"Was nice to see you here in Bali Dayana Roza," tulis Jorge Lorenzo pada sekeping gambar mereka berdua di dalam kolam mandi yang dimuat naik di Instagramnya.
Gambar bersama Lorenzo itu di 'repost' kembali oleh Dayana Roza di laman Instagramnya.
"Estuvo genial verte tambien (It was great to see you too)! Great catch up!" tulis Dayana pada entrinya itu.
Gambar tersebut mendapat banyak komen daripada selebriti-selebriti tempatan.
"Clever girl Dayanaroza," tulis Sheila Rusli.
"Fulamakkk," komen Tiz Zaqyah.
"Wow pantasssss", komen Elvina Mohamad.
Ini bukan kali pertama Dayana bergambar bersama dengan Lorenzo. Dua minggu lalu, Dayana turut memuat naik sekeping gambar bersama Lorenzo di Instagramnya.
"I'm not a great rider, I'm a champion. Thank you Jorge! I wish you all the best in your new stage of life & happy retirement," tulis Dayana pada entri sebelumnya.
Dua minggu lalu juga, juara dunia lima kali Jorge Lorenzo yang berusia 32 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada MotoGP selepas peringkat akhir Valencia Grand Prix.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita