Hiburan

Dayang Nurfaizah Bakal Jadi 'Muse' Dato Rizalman Untuk Tahun 2020

gempak
Badrul Hashim
05/04/2019
02:25 MYT
Sponsor Banner
Dayang Nurfaizah Bakal Jadi 'Muse' Dato Rizalman Untuk Tahun 2020
Pereka fesyen ternama Dato Rizalman Ibrahim mengumumkan bahawa beliau telah memilih Dayang Nurfaizah sebagai 'muse' untuk rekaan Rizalman for Zalora 2020.
Menurut Rizalman, pemilihan tersebut bakal meraikan persahabatan mereka selama 20 tahun bila tiba tahun 2020 nanti.
"Memperkenalkan biduanita Dayang sebagai Muse #rizalmanforzalora2020 yang saya simpan hasrat sekian selama sebagai satu tahun yang bakal meraikan persahabatan kami selama 20 tahun pada 2020 yang bakal menjelang," tulis Rizalman pada satu entri di Instagram beliau.
Dalam satu entri di Instagram Dayang, dia berkongsi dua video pendek yang diambil dari live Instagram Dato Rizalman.
"Kedua-dua kami datang dari satu latar belakang yang agak sukar, saya nampak dia panjat tangga kejayaan beliau dan dia nampak saya panjat tangga kejayaan saya dan kami sama-sama bergelumang dalam industri seni masing-masing," ungkap Rizalman dalam video tersebut.
Sebelum ini, Izara Aishah pernah menjadi muse kepada Dato Rizalman dan rekaannya itu menjadi bualan hangat pereka-pereka fesyen, selebriti dan peminat-peminat.
Kredit Gambar: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024