UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Dayang Nurfaizah Bakal Jadi 'Muse' Dato Rizalman Untuk Tahun 2020

Badrul Hashim 05/04/2019 | 02:25 MYT
Pereka fesyen ternama Dato Rizalman Ibrahim mengumumkan bahawa beliau telah memilih Dayang Nurfaizah sebagai 'muse' untuk rekaan Rizalman for Zalora 2020.
Menurut Rizalman, pemilihan tersebut bakal meraikan persahabatan mereka selama 20 tahun bila tiba tahun 2020 nanti.

memperkenalkan Biduanita DAYANG sebagai Muse #rizalmanforzalora2020 ??yang saya simpan hasrat sekian lama sebagai satu tahun yang bakal meraikan persahabatan kami selama 20 tahun pada tahun 2020 yg bakal menjelang! . . . Tuan2 dan Puan2, Miss Dayang Nurfaizah! @dayangsayangkamu #takkanhilangmelayudalamrizalman

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

"Memperkenalkan biduanita Dayang sebagai Muse #rizalmanforzalora2020 yang saya simpan hasrat sekian selama sebagai satu tahun yang bakal meraikan persahabatan kami selama 20 tahun pada 2020 yang bakal menjelang," tulis Rizalman pada satu entri di Instagram beliau.
Dalam satu entri di Instagram Dayang, dia berkongsi dua video pendek yang diambil dari live Instagram Dato Rizalman.

Dari ‘Live’ @rizalman71 pagi tadi , tq so much ❤️❤️

A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on

"Kedua-dua kami datang dari satu latar belakang yang agak sukar, saya nampak dia panjat tangga kejayaan beliau dan dia nampak saya panjat tangga kejayaan saya dan kami sama-sama bergelumang dalam industri seni masing-masing," ungkap Rizalman dalam video tersebut.
Sebelum ini, Izara Aishah pernah menjadi muse kepada Dato Rizalman dan rekaannya itu menjadi bualan hangat pereka-pereka fesyen, selebriti dan peminat-peminat.
Kredit Gambar: Instagram
#Dayang Nurfaizah #Dato Rizalman
;