HIBURAN
Dayang Nurfaizah Gegarkan Showcase ‘Janji With Dayang’ di Puncak Komtar
Penyanyi, Dayang Nurfaizah sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila tampil dalam sebuah showcase eksklusif bertajuk Janji With Dayang yang berlangsung di Top View @ The Top, Komtar.
Berkongsi pengalaman itu, Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44 mengakui ia adalah kali pertama beliau mengadakan persembahan di lokasi terbuka setinggi itu tanpa sebarang bumbung.
Tambahnya, walaupun pada awalnya timbul sedikit rasa gementar memandangkan cuaca tidak menentu, namun semuanya berjalan lancar.
“Pertama kali buat kerja begini, menyanyi di tingkat paling tinggi Komtar dengan tidak berbumbung (rooftop). Alhamdulillah, cuaca sangat mengizinkan, penonton yang hadir pun seronok dan muzik pun sedap, ini yang saya nak.
“Showcase kecil sahaja tapi berlangsung seperti apa yang saya gambarkan. Mula-mula takut juga kot tengah nyanyi hujan,” katanya.
Selain Dayang turut memeriahkan showcase Janji With Dayang adalah Anwar Amzah dan Naki sebagai penyanyi jemputan.
Dayang Mendendangkan kesemua lagu dari album baharu, Janji yang memuatkan karya seperti Lemah, Mungkin Ke?, Tulus dan Esok Lusa Selamanya.
Dihadiri lebih 200 orang Dayang turut menyanyikan lagu lamanya seperti Dayang Sayang Kamu dan Mana Mungkin untuk peminat yang hadir.
Dianjurkan bersama Usahanita Entertainment dan Mask Team, Janji With Dayang akan diteruskan di Kuala Lumpur pada 27 Sep 2025 bertempat di Tower Terrance, Kuala Lumpur Tower.
Credit photo : @bangsawanpictures
Must-Watch Video