"Dayyan Dah Dapat Adik" - Timang Baby Girl, Black Hanifah Terima Kehadiran Anak Kedua

Kamaruddin Razal
Oktober 25, 2018 12:10 MYT
Penyanyi Black Hanifah selamat menimang cahaya mata kedua awal pagi tadi.
Isteri Black, Naquia Yasirah Mohd Khairy atau Cira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.56 pagi.
Berita gembira ini disampaikan Black menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Dayyan dah dapat adik! Alhamdulillah... Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini...
"Bayi dan mommy sihat walafiat... Aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM," tulis Black.
Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dianugerahkan anak lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.
#Penyanyi #Penyanyi #Black Hanifah