Laman Utama

DBKL Keluarkan Teddy Bear Besar Dari Longkang Tersumbat, Netizen Panas Hati! - "Tong Sampah Kan Ada, Bila Banjir Kilat Semua Sengsara"

gempak
Amri Hassan
26/05/2022
09:23 MYT
Sponsor Banner
DBKL Keluarkan Teddy Bear Besar Dari Longkang Tersumbat, Netizen Panas Hati! - "Tong Sampah Kan Ada, Bila Banjir Kilat Semua Sengsara"
Setiap kali berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur pasti pelbagai rungutan timbul daripada orang ramai yang turut sama terkesan dan mengalami kerosakan harta benda.
Terbaharu, sepotong video pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengangkat patung beruang (teddy bear) bersaiz besar dari longkang tersumbat mendapat pelbagai reaksi netizen.
Tulis akaun Facebook rasmi DBKL; "Fikir-fikirkan sendiri. Kenapa perlu buang di dalam longkang jika tidak diperlukan lagi...tong sampahkan ada.
"Bila longkang tersumbat...banjir kilat berlaku...ramai yang sengsara...mungkin kerugian harta benda lagi...jangan salahkan pihak berkuasa tak buat kerja pulak nanti."
Difahamkan video terbabit telah dirakamkan di longkang berhampiran Bulatan Merdeka, Kuala Lumpur.
Hal itu mengundang rasa geram dalam kalangan netizen dan menyifatkan tindakan membuang sampah ke dalam longkang atau sungai satu tindakan tidak bertanggungjawab.
"Sebelum ni pernah banjir kilat sebab ada sofa dalam longkang besar, ini jumpa teddy bear pula. Kasihanilah pekerja yang berhujan panas untuk keselesaan kita.
"Bila banjir sibuk tuding jari pada pihak kerajaan, tapi sikap segelintir yang tak bertanggungjawab sebenarnya.
"Kes putus dengan pakwe la tu, semua dibuang dalam parit," tulis beberapa pengguna media sosial.
Namun, ada yang menyifatkan sampah terbabit dihanyutkan ketika bah besar yang melanda negara beberapa bulan lalu.
"Saya suspek mungkin ini berlaku semasa banjir besar dan ada permainan yang terapung keluar ikut air banjir lalu tersekat di saliran," tulis seorang pengguna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024