Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

DC Umum Tarikh Tayangan Filem The Flash! Tapi Ada Yang Sedih, Aik Kenapa Tu?

Hanafis Haris
13/12/2019 10:45 MYT
Selepas Wonder Women, pihak DC Entertainment sekali lagi membuat kejutan apabila mendedahkan tarikh rasmi tayangan filem The Flash.

Pengumuman itu dibuat di akaun Twitter DC, semalam.

Menerusi posting tersebut, DC turut mendedahkan pelakon Ezra Miller masih membawa watak superhero berkenaan.

"Ezra Miller sebagai The Flash, filem ini dijangka ditayankan pada 1 Julai 2022," kata pengendali akaun tersebut.

Biarpun pengumuman filem sulung The Flash itu membuatkan ramai netizen teruja, namun tarikh tayangan yang agak lama sedikit sebanyak mengecewakan segelintir peminat The Flash.

Mereka terpaksa menunggu hampir tiga tahun sebelum filem berkenaan ‘menjengah’ pawagam!

Sebagai mengubat kekecewaan, peminat perlulah menonton filem Wonder Women terlebih dahulu kerana ia bakal ditayangkan pada 5 Jun 2020.

BACA: Aik Steve Trevor Hidup Balik? Trailer Terbaru Wonder Woman Bikin Peminat Tak Senang Duduk!
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #DC #Flash