Laman Utama
De Fam Jarang Keluar Lagu? Ini Penjelasan Azira Shafinaz
Penyanyi dan anggota De Fam, Azira Shafinaz mengatakan setiap anggota kumpulan itu kini sibuk dengan kerjaya solo masing-masing.
Namun menurut Azira, dia dan dua lagi anggota De Fa iaitu Cik Manggis dan Sophia Liana sedang mengambil masa untuk melakukan yang terbaik dalam lagu seterusnya.
"Kami sibuk dengan kerjaya solong masing-masing, namun pada masa yang sama, kami sedang mengambil masa sebagai persediaan untuk melakukan yang terbaik dalam lagu akan datang.
"Kalau boleh, setiap lagu yang kami keluarkan itu terbaik sebagaimana kami mengeluarkan lagu Super Girls dahulu.
"Kami mahu peminat mempunyai rasa yang sama sebagaimana mereka menyukai lagu kami sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Azira berkata demikian ketika ditemui di rakaman sebuah program TV baru-baru ini.
Tambah Azira, kumpulannya itu akan tampil dengan perbezaan dan lebih matang selepas ini.
"Dalam lagu selepas ini, kami akan tampilkan perbezaan dan lebih matang, dari situ, peminat masih boleh nampak kebolehan De Fam.
"Kadang-kadang ramai yang tertanya kenapa kami jarang keluarkan produk, hal yang sebenar adalah kamu mahu menjaga kualiti lagu-lagu kami," katanya lagi.
Sekadar info, kumpulan De Fam ditubuhkan sekitar tahun 2015 dan berjaya membina populariti sehingga kini.
Cerita mengenai Azira dan De Fam ini turut disiarkan dalam AWANI 7:45, untuk menyaksikan video dan mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini
Must-Watch Video