Kumpulan De Fam meluahkan rasa terharu apabila dipilih untuk membuat persembahan pembukaan di konsert I-Seoul-U yang berlangsung sebentar tadi.

"Kami berasa sungguh gembira kerana diberi peluang untuk melakukan persembahan mewakili Malaysia untuk konsert ini.

"Tidak sangka sebenarnya dapat membuat persembahan dan berdiri satu pentas bersama artis popular K-Pop," kata Cik Manggis mewakili kumpulan mereka.

Dalam pada itu, De Fam juga akui turut meminati kumpulan K-Pop, Super Junior.

"Kalau ditanya mengenai K-Pop, kami tahu serba sedikit tentang Super Junior.

"Mereka merupakan antara kumpulan paling popular di Korea," ujarnya.

Konsert I-Seoul-U berlangsung dengan meriah di Pusat Convention Center Kuala Lumpur, hari ini.

Selain De Fam, artis Malaysia yang turut terlibat membuat persembahan pembukaan ialah Altimet.

De Fam menyampaikan dua buah lagu iaitu De Fam Intro dan Supergirls.

I-Seoul-U konsert menampilkan tiga artis popular Korea, Red Velvet, NCT 127 dan Yesung Super Junior.

Teks oleh: Mya Amri

Kredit foto De Fam: msiaKPOPfans