Tiada lagi rambut panjang ikal paras bahu! Itulah yang berlaku pada aktor kacak, Syafiq Kyle yang kini berubah imej dari seorang lelaki berambut panjang kepada ‘botak’.

Syafiq menerusi akaun Instagram miliknya akui seperti terpaksa memotong rambutnya yang panjang itu meskipun amat menyayanginya.

Dear hair, I'm sorry I cut you, burn you and tie you up. But I will always love you,” tulisnya dalam kapsyen.

Menerusi entri tersebut, pelakon filem Pusaka itu memuat naik dua keping fotonya berambut panjang.

Namun menerusi IG Story pelakon itu memuat naik fotonya yang sudah ‘botak’.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersedih apabila rambut pelakon kesayangan mereka dipotong.

“Hurm sayangnya,” kata salah seorang warga maya.

“Kenapa botak? Tapi still handsome,” kata salah seorang peminatnya.

“Tak mengapa, pendek nampak muda,” kata salah seorang netizen.

Pun begitu, Syafiq tidak membalas komen-komen tersebut, mahu pun memberikan apa-apa penjelasan mengenai imej terbaharunya itu.

Syafiq bagaimanapun difahamkan mengorbankan rambutnya demi menjayakan sebuah filem baharu bersama Astro. Dia bagaimanapun masih belum mahu mendedahkan mengenai projek terbaharu yang turut disertai oleh Aaron Aziz tersebut.


A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez)