Hiburan
"Dear Haters, I Have So Much More For You To Be Mad At. Be Patient" - Nabila Huda Tujukan Pada Netizen Yang...
Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke28, Nabila Huda kini mula tidak ambil kisah dengan kritikan-kritikan pedas netizen.
Nabila memuat naik pelbagai gambar peribadi di Instagramnya dan tidak lagi mengambil peduli kata-kata netizen yang mengeji.
"Dear haters, I have so much more for you to be mad at. Just be patient," tulis Nabila pada netizen yang membenci dirinya.
Pada awalnya, Nabila turut memuat naik gambarnya sedang bangun dari tidur dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Pada entri Instagram seterusnya Nabila memberikan komen peribadinya tentang segelintir netizen yang gemar menulis komen berbaur kebencian.
"I don't give any reason for anyone to hate me. They create their own little drama out of jealousy.
"If you don't like me and still watch everything I do, Bitch you're a fan!" tulis Nabila.
Anak kepada Raja Rock Malaysia, Amy Search ini seolah-olah tidak lagi mahu melayan karenah netizen yang hanya mahu mencari kesilapan beliau.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video