Debut Min Luna, Model Pelbagai Rupa, Saiz & Umur Catwalk Di Pentas Runway KLFW2018

Amri Hassan
Ogos 9, 2018 06:17 MYT
Pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) dibuka dengan kejutan daripada koleksi kolaborasi penata gaya popular Min Luna X Fashion Valet.
Meraikan wanita dalam pelbagai rupa dan usia, Min Luna sekali gus mencuri perhatian daripada audiens dan media sosial.
Malah, pertunjukan itu turut mendapat pujian daripada pereka fesyen tempatan dan selebriti yang hadir pada pertunjukan fesyen itu.
Koleksi Not Fragile by Min Luna X Fashion Valet itu memecahkan stereotaip dan diperagakan oleh model-model yang terdiri daripada wanita yang bukan hanya model tetapi juga wanita biasa.
Setiap helaian terdiri daripada siluet moden dan dilatari warna-warna pastel yang sesuai dipadan gaya dalam pelbagai acara.
Wrap dres, kimono dres, jaket, blazer, blaus dan statement 'Don't Membawang' tee antara rekaan yang diperagakan Min Luna X Fashion Valet untuk KLFW tahun ini.
Apa kata kita saksikan foto-foto dan video menarik sepanjang pertunjukan fesyen Min Luna X Fashion Valet semalam.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @nurindollah, @finstudioo, femalemag
#Viral #Viral #Fashion Valet #KLFW2018 #Min Luna