Dedah Bakat Terpendam, Hasil Lukisan Bella Dally Dipuji Netizen

Asraf Aided
Ogos 28, 2018 12:09 MYT
Pelakon Bella Dally telah menunjukkan beberapa hasil lukisannya menerusi beberapa entri terbaru di laman Instagram.
Di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji kreativiti pelakon ini dalam menghasilkan lukisan yang menarik, tidak ketinggalan, pelakon Betty Rahmad juga turut memuji hasil seni Bella.
"Tak sangka Bella ada bakat terpendam," tulis Betty.
Bella membalas komen tersebut dengan mengatakan melukis adalah aktivitnya ketika hari minggu.
Terdahulu, Anzalna Nasir dan Emma Maembong telah menarik perhatian netizen dengan kebolehan mereka menghasilkan lukisan yang diminati ramai.
Sumber : IG Bella Daily
#Bella Dally