gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pempengaruh M*ut Dikelar Depan Pawagam, Posting Media Sosial Seakan-Akan Beri Bayangan Awal - "Kalau Awak Pukul Saya ..."
HIBURAN
Risau Hilang Tarikan, Sherry Alhadad Diminta Jangan Kurus - “Kau Kalau Kurus Dah…”
HIBURAN
"Ramai Bakat Kita Ke Luar Negara Untuk Dikenali, Saya Mahu Ubah..." - Aaron Aziz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Dedah DM Suami, Elcah Mohon Maaf - “Saya Akui Kelemahan Sebagai Isteri…”

Mya Amri
Mya Amri
23/06/2025
01:56 MYT
Sponsor Banner
Dedah DM Suami, Elcah Mohon Maaf - “Saya Akui Kelemahan Sebagai Isteri…”
Personaliti media sosial, Elcah tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya sebagai seorang isteri selepas mendakwa suaminya, Afi Hamri sekali lagi telah berlaku curang dalam perkahwinan mereka.

Mohon maaf, akui kesilapan sebagai isteri

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Elcah berkata selepas ini dia akan memperbaiki diri dan menjadi seorang isteri yang lebih baik lagi.
“Di sini saya ingin memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku pagi tadi.

“Dengan rendah hati, saya mengakui kelemahan diri sebagai seseorang isteri yang tidak kuat. Disebabkan terlalu emosi, dan saya akui. Akan datang saya akan menjadi lebih baik,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Elcah berkata perkara yang berlaku itu boleh berkemungkinan boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan rumah tangga mereka.
“Setiap apa yang berlaku mungkin telah beri kesan kepada suami dan kedua-dua belah keluarga.
“Lagi sekali di sini saya mohon maaf atas segala yang terjadi. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by AIEN HASHA (@elcah)

Semoga jadi wanita lebih kuat

Dalam pada itu, Elcah juga memohon agar para pengikut mendoakan kesejahteraan untuk menajdi wanita yang lebih kuat.

“Saya mohon doa dari semua followers saya agar saya terus menjadi wanita yang lebih kuat, dikurniakan “afiyah” dalam hidup, serta mampu menjadi isteri yang solehah dan taat. Insya-Allah.

“Terima kasih kepada semua yang telah DM (direct mesage) nasihat yang baik. Semuanya saya baca dan hargai dengan sepenuh hati.
“Doakan saya. Semoga Allah membimbing saya ke jalan yang lebih baik,” tulisnya.
Terdahulu, Elcah meluahkan rasa kecewa dengan sikap Afi atau nama lengkapnya Hafizzuddin Hamri yang didakwa curang.
Elcah telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualan suaminya dengan seorang wanita di ruangan DM.
Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Afi pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.
Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan telah diceraikan oleh bekas suaminya sebelum ini selepas lapan hari berkahwin.
Topic Berkaitan
#Mohon Maaf
#Suami
#Isteri
#Curang
#DM
#Elcah
#Afi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement