VIRAL

Dedah DM Suami, Elcah Mohon Maaf - “Saya Akui Kelemahan Sebagai Isteri…”

Mya Amri 23/06/2025 | 01:56 MYT
Personaliti media sosial, Elcah tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya sebagai seorang isteri selepas mendakwa suaminya, Afi Hamri sekali lagi telah berlaku curang dalam perkahwinan mereka.

Mohon maaf, akui kesilapan sebagai isteri

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Elcah berkata selepas ini dia akan memperbaiki diri dan menjadi seorang isteri yang lebih baik lagi.
“Di sini saya ingin memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku pagi tadi.

Semoga jadi wanita lebih kuat Dalam pada itu, Elcah juga memohon agar para pengikut mendoakan kesejahteraan untuk menajdi wanita yang lebih kuat.

“Saya mohon doa dari semua followers saya agar saya terus menjadi wanita yang lebih kuat, dikurniakan “afiyah” dalam hidup, serta mampu menjadi isteri yang solehah dan taat. Insya-Allah.

“Terima kasih kepada semua yang telah DM (direct mesage) nasihat yang baik. Semuanya saya baca dan hargai dengan sepenuh hati.
“Doakan saya. Semoga Allah membimbing saya ke jalan yang lebih baik,” tulisnya.
Terdahulu, Elcah meluahkan rasa kecewa dengan sikap Afi atau nama lengkapnya Hafizzuddin Hamri yang didakwa curang.
Elcah telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualan suaminya dengan seorang wanita di ruangan DM.
Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Afi pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.
Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan telah diceraikan oleh bekas suaminya sebelum ini selepas lapan hari berkahwin.
#Mohon Maaf #Suami #Isteri #Curang #DM #Elcah #Afi