Hiburan

Dedah Mengenai Tekanan Dihadapi, Zynakal Dituduh Reka Cerita!

gempak
Fiza Kamarudin
17/02/2020
10:30 MYT
Sponsor Banner
Dedah Mengenai Tekanan Dihadapi, Zynakal Dituduh Reka Cerita!
Penyanyi rap Zynakal mengakui kecewa apabila ada segelintir individu yang menganggap dia sengaja mereka cerita mengenai tekanan dihadapi.
Zynakal berkata, sebelum ini dia ada membuat pendedahan mengenai kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya kepada umum.
Namun, apa yang membuatkan dia terkilan ialah, ada yang menuduh Zynakal berbohong dan pura-pura ‘sakit’.
Tambah Zynakal, mereka menganggap segala yang diceritakan hanyalah rekaan semata-mata sehingga mempersoalkan siapa yang mengiktiraf dirinya sebagai pesakit mental jenis bipolar maniac.
“Macam-macam tanggapan orang terhadap saya, biarpun sudah berterus-terang.
“Selepas menceritakan kisah sebenar tentang apa yang berlaku kepada saya, masih juga orang tudun saya menipu, reka cerita dan sengaja meraih simpati,” katanya.
Mengimbas kembali peristiwa hitam dalam hidupnya itu, Zynakal mendakwa ketika di dalam lokap ada yang berkata dirinya kotor dan akan dibawa ke hospital.
“Mereka kata saya kotor sebab duduk di dalam lokap dan perlu dibawa ke hospital. Bila sedar sahaja, saya nampak tulisan Wad Psikiatari. Pakaian pun semua dah tukar kepada baju hospital.
“Saya juga diberikan ubat berterusan memandangkan penyakit ini bukan mudah juga untuk disembuhkan.
“Impaknya saya sudah tidak aktif lagi macam dulu,” katanya.
Pengakuan ini dibuat Zynakal menerusi laman sosial Youtube Indigital Music pada dua minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live