Laman Utama
Dedah Perjuangan Menentang Depresi, Sharifah Amani Beri Nama Pada Setiap 'Momok'
Program #Sembang Tepi Kak Gee sudahpun melabukan tirainya dengan episod terakhir pada malam tadi.
Menjadi tetamu terakhir dalam program terbitan Gempak itu adalah aktres prolifik, Sharifah Amani.
Menariknya, buat pertama kali Sharifah Amani atau mesra dipanggil Nani mendedahkan kisah peribadi yang selama ini disimpan.
Amani mendedahkan dirinya pernah didignosis dengan masalah kesihatan mental depresi yang teruk pada tahun 2013. Hal itu membuatkan dia perlu mengambil ubat ubatan dan berperang dengan diri sendiri untuk menjadi seorang manusia yang punya 'rasa' sekaligus pulih seperti sedia kala.
Kisah tersebut dikongsikan Amani menerusi episod Tekanan Masyarakat: Beban Menjadi Wanita.
"Pada tahun 2013 saya telah didignos mengalami depresi berat. Saya telah mengambil pelbagai jenis ubat ubatan untuk menyeimbangkan chemicals dalam otak. Namun ia tak berjaya," dedah Amani.
Meski demikian, dia tidak ingin membenarkan depresi menguasai dirinya. Amani mengaku telah berhenti mengambil ubat ubatan dan melakukan terapi untuk bebas depresi dengan caranya tersendiri.
"Perkara seperti ini (depresi) untuk saya, sama ada saya deal with it atau let it go.
"Jadi apa saya buat, saya berikan nama kepada mereka, whatever momoklah. Misalnya hari ini saya nak pergi kerja, pergi shooting saya akan cakap dengan 'dia', 'okay sekarang saya nak pergi kerja' nanti balik saya beri sedih itu sebab sekarang you tak boleh kacau i, i kena ada karisma. Nanti kita menangis sama sama'",katanya.
Selain 'bertoleransi' dengan setiap perasaan atau momok yang akuinya kadang kadang 'tidak boleh bawa berbincang' kerana 'hari hari ingin dating', Amani juga percaya kunci untuk dirinya bebas dari depresi adalah komunikasi.
"So daripada saya layan perasaan atau momok tu setahun jadi sebulan kemudian seminggu dan minit.
"Apa saya buat, saya keluar misalnya riadah ke hutan dan akan mula ada connection dengan orang lain. Komunikasi, ini membantu saya," katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Amani mengulas mengenai tekanan sosial yang dihadapi wanita atau masyarakat saat ini, terutama datangnya dari platform media sosial.
Katanya, oleh kerana pada masa kini tekanan 'datang di depan muka', maka seseorang harus bijak melihat ia bukan sebuah perbuatan yang menyinggung.
"Saya percaya sekarang zaman media sosial lagi banyak tekanan. Kadang kadang adalah lovely bila ada yang ambil berat misalnya bertanya 'bila nak berlakon lagi' atau 'bila nak kahwin'. Sebab mereka jujur nak tanya, ambil berat. Tapi janganlah sampai menyinggung.
"Untuk saya secara peribadi saya tidak peduli apa yang orang fikir pasal saya. Tapi saya lebih peduli apa yang saya rasa tentang diri sendiri," akui bintang filem Sepet ini.
Nak tahu apa lagi perkongsian dan nasihat Amani buat yang mengalamni masalah kesihatan mental, jangan lupa saksikan episod ulangan Tekanan Masyarakat: Beban Menjadi Wanita pada Isnin ini dalam #Sembang Tepi Kak Gee pukul 9.30 malam di Astro Ria.
#Sembang Tepi Kak Gee yang menampilkan pakar psikologi klinikal Akif Basri mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengadu juga boleh ditonton secara strim di Astro Go & On Demand atau dengarkan podcast #STKG di Anchor, Spotify.