Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Dedah Wajah Anak, Hafizul Kamal Buka IG Sara Erina

Mya Amri
18/12/2019 10:05 MYT
Pelakon Hafizul Kamal dan isterinya Nurul Fariza Ibrahim memilih nama Sara Erina buat puteri kedua mereka.

Nama yang cantik itu didedahkan Hafizul menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Posting itu juga turut disertakan dengan wajah penuh Sara Erina yang sedang nyenyak tidur.

“Our second pwincess... @saraerina__” tulisnya ringkas.

Our second pwincess.. @saraerina__

A post shared by Pijot (@hafizulkamal) on


Bagaimanapun akaun menggunakan nama @saraerina__ yang baru sahaja dibuka itu ditetapkan dalam mood privasi.

Terdahulu, Mieja mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017.

Manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
#Hafizul Kamal #Mieja Ibrahim #Sara Erina