Ika yang baru selesai menjalani tempoh berpantang itu mengimbas kembali detik Noah dilahirkan.
"Kita imbas kembali ketika hari leher mummy hilang. 46 hari yang lalu ketika dilahirkan.
"Ia adalah 'surreal' yang menakjubkan selama 22 jam yang saya mesti katakan! Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.
"@muhammadnoahzayn (3.25kg & 50cm). 23 Oktober 2019, 12.03am di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur," tulisnya beserta kapsyen.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikut yang rata-rata memuji wajah anak lelakinya itu serta berharap agar membesar dengan baik.
Selain itu, pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim juga turut membuka akaun IG khas untuk bayi sulungnya menggunakan nama @muhammadnoahzayn.
Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.
Pasangan ini menerima cahaya mata lelaki pada 23 Oktober yang lalu.