Bintang Bollywood terkenal, Deepika Padukone telah memecah rekod dunia apabila pernah diiktiraf sebagai pelakon Bollywood yang mendapat pendapat tahunan tertinggi.

Menerusi laporan Guinness World Records, teraju utama filem Bajirao Mastani itu telah menjana pendapatan tahunan sekitar RM64 juta.

Difahamkan, cara pengiraan pendapatan Deepika adalah berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Forbes India bermula 1 Oktober 2017 hingga 30 September 2018.

Antara filem laris lakonan Deepika yang mendatangkan hasil lumayan adalah Padmaavat, sebuah filem Hollywood, XXX : Return of Xander Cage dan banyak lagi.

Isteri kepada pelakon Ranveer Singh itu telah mengenakan bayaran sebanyak RM5.6 juta untuk satu filem lakonannya, manakala untuk pembabitan sebagai duta produk, Deepika akan mengenakan bayaran sebanyak RM4.6 juta.

Pendapatan Deepika juga telah menunjukkan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam masa tiga tahun kebelakangan ini.

Sumber : news.abplive.com
Kredit Foto : Vogue India