Bintang Bollywood tersohor, Deepika Padukone dilaporkan positif virus COVID-19 selepas menjalani ujian saringan pada Selasa.

Selain Deepika, ibunya, Ujjala, bapanya, Prakash Padukone serta adik perempuannya, Anisha turut positif virus tersebut.

Deepika kini berada di kediamannya di Bengaluru.

Bapanya yang juga ikon badminton dunia pula kini sedang dirawat di hospital.

Khabar sekeluarga itu pada mulanya dikongsikan oleh jurugambar terkenal Bollywood, Viral Bhayani menerusi hantaran di Instagram.

A post shared by Viral Bhayani (@viralbhayani)


Pada Selasa lalu, teman rapat Deepika, Vimal Kumar memaklumkan kepada media bahawa keluarga itu mengalami simptom demam panas dan telah menjalani ujian saringan COVID-19.

"Sekitar 10 hari lalu, Prakash, Ujjala dan Anisha mengalami simptom (Covid-19) dan terus membuat ujian.

"Hasil keputusan didapati positif. Namun, mereka dalam keadaan baik sekarang. Diharap mereka akan dibenarkan pulang dalam masa 2, 3 hari lagi," katanya.

Sehingga kini angka jangkitan kes COVID-19 di India sudah melepasi 2 juta orang dan 200,000 kematian sejak semalam.