Hiburan

DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’

gempak
Asyikin Mayudin
21/08/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
DeFam & 6ixth Sense Akan Satu Pentas Dengan Macklemore, Bakal Beraksi Di Konsert ‘After Race Fest’
Penyanyi rap Macklemore antara yang bakal memeriahkan konsert After Race Fest yang bakal berlangsung di Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), pada 3 November nanti.

Hiburan istimewa

Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment selaku penganjur, Sean Pereira berkata konsert itu sebagai hiburan istimewa buat semua pegunjung yang hadir menonton perlumbaan MotoGPTM.

“Tak lengkap rasanya jika MotoGPTM ditutup tanpa ada sambutan untuk meraikannya dalam kalangan pengunjung. Justeru, kami akan membawakan After Race Fest yang bukan sekadar berbentuk hiburan.

“Ia bertujuan meraikan pengunjung dari seluruh dunia dengan pelbagai aktiviti termasuk persembahan dron dan bunga api sebagai simbolik istimewa kejayaaan acara terbabit,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!

Pengumuman itu dikongsikan di sidang media acara tersebut yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada Selasa.

Teruja dengan penganjuran

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif melahirkan rasa teruja dengan penganjuran konsert itu sempena ulang tahun ke-25 pembukaan lokasi ikonik itu.

“Kami sangat teruja sudah 25 tahun sejak membuka pintu pada 1999. Kami rakamkan setinggi penghargaan kepada HIFIVE Entertainment kerana berganding bahu dengan kami jadikan sambutan ini lebih meriah.

“Kami mengalu-alukan semua untuk sertai saksikan perlumbaan MotoGPTM dan menikmati konsert sebelum pulang rumah. Kami tawarkan harga eksklusif untuk pembelian awal bermula hari ini hingga 31 Ogos nanti,” katanya.
Turut menghangatkan acara itu adalah kumpulan rock AS yang popular pada era 1990-an, Smash Mouth, Feel Koplo, DeFam, Nidji dan 6ixth Sense untuk pengumuman fasa pertama.
Menyusul, beberapa lagi artis lain akan diumumkan untuk fasa kedua pada satu tarikh nanti.
Penganjur mensasarkan sekitar 10,000 hingga 15,000 penonton untuk menghadiri konsert terbabit.
Keutamaan adalah kepada pembeli tiket perlumbaan MotoGPTM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live