Laman Utama
“Dekat Seminggu Anak-Anak Tak Jumpa Papa” - Simple Tapi Manis, Almy Nadia Buat Kejutan Pada Suami
Pelakon Datin Almy Nadia memberikan kejutan buat suaminya, aktor Datuk Fizz Fairuz.
Almy berkongsi kisahnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Lebih manis lagi, Almy hadir ke lokasi penggambaran Fizz bersama anak-anaknya sambil membawa makanan.
Menurut Almy, sudah hampir seminggu anak-anaknya tidak bertemu dan mula merindui bapa kesayangan mereka.
“Alhamdulillah, kami buat kejutan dekat en suami semalam. Kami pergi dekat set en suami dekat Sg Besar Kuala Selangor.
“Dekat seminggu anak-anak tak jumpa papa bawalah lepas rindu, kebetulan en suami pun pesan suruh bawa lauk untuk bekalan dia kat sana untuk dia makan (sebab en suami sejenis sanggup tahan lapar, sebab perut dia jenis tak boleh makan benda merapu-rapu).
“Anak-anak gembira dapat jumpa papa termasuk la mama dia (sat ni hampa kata kami tak rindu pulek).
“Niat kami bawa anak-anak jumpa papa dia lepas rindu, lepas tu niat belanja makan dekat set en. Suami,” tulisnya
Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Almy dan mendoakan kebahagiannya keluarganya.
“Alhamdulillah... Bagusnya Almy... Moga diberi keberkatan kebahagiaan keluarga Almy di dunia hingga akhirat,” doa @radinnormalawati
“Suka tengok cara @almynadiaofficial bagus jaga perut suami. Anak-anak terjaga! Sibuk macam mana pun teurus ja,” puji @__ratnadiabu__
Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.