Hiburan
“Dekat TikTok Awak Block Saya, Kasar Sangat Ayat Awak Wahai Sedara” - Shuib
Pelawak Shuib meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang cuba menyebarkan kisah buruk tentang keluarganya.
Dalam video berdurasi 33 saat itu, individu berkenaan mendakwa Shuib perlu menyelesaikan masalah pekerjanya dan menyatakan perubahan sikap pelawak itu berlaku selepas dia berkahwin dengan isterinya, Watie.
Dalam respon yang dimuat naik semula Shuib di Instagramnya, Shuib menyifatkan tindakan individu terbabit agak kasar.
“Awak ni normal ke tak? Video tuju untuk saya tapi dekat TikTok awak sekat saya, dm saya pun awak tak berani nak balas.
“Insya Allah suatu hari kita akan bertentang mata. Kasar sangat ayat ayat awak wahai saudara,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Pada masa yang sama, isteri Shuib, Watie, turut berkongsi sepotong hadis sebagai respon terhadap isu ini.
Watie juga akui menerima banyak mesej dari pelbagai platform berkaitan perkara tersebut.
“Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu - Ali bin Abi Thalib
“Dapat banyak WhatsApp dan DM pagi ni yang orang hantarkan kepada saya. Bila saya tengok, mengucap panjang je lah yang mampu.
“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” tulisnya menerusi kapsyen di Instagram.