Benar kata orang, jika mempunyai sebarang masalah, panjatlah doa kepada Allah kerana Dia tidak pernah untuk tidak mendengar rintihan hamba-hamba Nya.
Mungkin itulah yang dirasai oleh peserta Gegar Vaganza 9, Fuad Rahman. Penyanyi asal Singapura itu mendedahkan, dia sebolehnya cuba untuk menjaga solat lima waktu dan sering mendekatkan diri kepada Allah jika mengalami sebarang masalah.
“Saya kadang-kadang terlepas juga solat, tetapi saya tetap ganti. Sebab saya percaya, kalau saya hadapi sebarang masalah, Allah merupakan tempat yang selayaknya untuk kita adu nasib.
“Apa yang saya minta selalunya supaya tenangkan hati, pulang ke pangkal jalan dan tidak kembali melakukan hal-hal yang bukan-bukan. Kalau ada sahaja masalah, angkat wuduk, solat sunat, minta pada Allah,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Fuad juga turut berpesan kepada golongan muda untuk tidak terlibat dengan jenayah, memandangkan hal tersebut akan merosakkan masa depan termasuk hubungan dengan keluarga tersayang.
“Dulu saya ada terlibat dengan kumpulan gangster… Jadi untuk anak-anak muda, saya nasihatkan jauhkanlah diri daripada jenayah seperti itu. Sekali dah masuk, susah nak keluar. Kamu akan kehilangan orang yang kamu saya, percayalah cakap saya.
“Apabila dah masuk GV ni, saya cuba gunakan platform media sosial untuk berkonsi hal-hal yang baik kepada orang luar. Saya pun dapat tahu kawan-kawan di Singapura ada yang dah berubah. Sebab dulu pun saya macam tu.
“Saya fikir, kalau Datuk Jamal Abdillah boleh berubah, kepada saya tak boleh?” katanya menutup perbualan.
Sebelum ini, Fuad mendedahkan yang dia pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali ekoran kesalahan penggunaan dadah.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Sun Oct 30 2022


“Penyondol Tak Patut Hidup Bahagia…” - Anak Saudara Zalina Zaini Luah Rasa Kesal
Isu makin besar

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”
Tahniah!
.png?ext=.png)
Lepas Tanya Mana Syamsul Yusof Ketika Puteri Sarah Pergi Umrah, Netizen Syak Ira Kazar Ajak Main Bakar Marshmellow?
Netizen Siasat Ira Kazar Ajak Syamsul Main Bakar Marshmellow?

“Bukan Macam Drama Melayu Biasa” - Netizen Setuju Projek: High Council Another Level!
Setuju!
![[VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam... [VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam...](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-11_11.png?ext=.png)
[VIDEO] Netizen Puji Gaya Macho Sharnaaz Ahmad & Zul Ariffin Hadir Ke Mahkamah! Nampak Macam...
Memang macho la!

Netizen Puji Neelofa Bertutur Bahasa Melayu Dengan Anak; “Rileks Je, Walaupun Tahu Dia Speaking Macam…”
Comel Bilal

"Saya Nak Tenang, Tak Obses Populariti Atau Glamor Lagi" - Hafiz Hamidun Mahu Lebih Masa Bersama Anak
Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul Inni Tawakkaltu.

Konsert Hanya Satu Malam, Peminat Boleh Pilih Lagu Didendangkan Pada Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir
Konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir kurang satu bulan sebelum menjadi kenyataan di Malaysia.
![[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…” [VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-14_8.png?ext=.png)
[VIDEO] Simple! Netizen Puji Majlis Bertandang Reen Rahim & Suami - “Dia Artis Tapi Tak Kisah Pun Sanding Dengan Pasangan Lain…”
Simple je kan!

“Helok! Bergegar Ov**i…” - Anzalna Nasir Melting Tengok Ketampanan Suami Sendiri
Wow Anzalna