“Dekta Tidur Satu Pagi, Bergilir Jaga Dengan Daddy”- Shuib Syukur Ayash Tak Banyak Ragam, Perangai Macam Siti Sarah
Mya Amri
17/09/2021 06:46 MYT
17/09/2021 06:46 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib bersyukur anak bongsunya, Ayash Affan semakin sihat dan tidak banyak meragam.
Shuib berkongsi berita itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Dua hari dah daddy dengan Ayash. Alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai.
“Nangis pun kadang-kadang je tapi bila nangis tu saja je biarkan nangis lama sikit sebab suara nangis Ayash tu terlalu sedap didengar.
“Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadi anak yang soleh. Doakan kami ya,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Allahyarham Siti Sarah, Shuib memaklumkan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra, 8, turut membantu menjaga Ayash.
“Punyalah sayang kat adik Ayash, kakak Dekta tidur jam 1 pagi bergilir jaga dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkan susu untuk Ayash nanti. Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash.
“Alahai… Mesti ibu gembira tengok anak-anak dia dah pandai nak uruskan adik. Ini pun diaorang terperap je kat bilik teman adik Ayash…” coretnya.
Terdahulu, Shuib baru membawa pulang Ayash Affan selepas sebulan berada dalam pantauan dan pemerhatian pihak hospital.
Ayash dibenarkan pulang pada hari yang istimewa iaitu hari ulang tahun kelahiran arwah isteri tercintanya, Siti Sarah Raissuddin tanggal 15 September lalu.