Laman Utama
Demam On & Off, Anak Masuk Hospital, Achey; “Doktor Check Ada…”
Pelawak Achey memaklumkan anak perempuannya, Tiara, 5, terpaksa dikejarkan ke hospital akibat demam panas.
Berkongsi berita itu di laman Instagram miliknya, Achey berkata anaknya sering demam sebelum disahkan mempunyai tonsil pada bahagian tekak.
“Tiara Demam on off yang agak tinggi, makan muntah, kita tak boleh tahan tengok.
“Pertama kali ke hospital nampaknya selama empat tahun, syukur hospital Uitm Puncak Alam dah beroperasi.
“Sampai je ke hospital doktor terus check dan ambil darah dia, bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak, dua jam kemudian dapat keputusan darah,” tulis Achey pada kapsyen.
Biarpun berasa sedih melihat keadaan anaknya, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, melahirkan rasa syukur kerana tiada perkara serius yang berlaku.
“Alhamdulillah tiada apa-apa, namun terlepas juga air mata jantan aku tengok.
“Pesanan jaga diri dan keluarga semua, moga yang melalui ujian sakit di berikan syifa dan kesihatan berpanjangan,” tambahnya.
Achey turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan anaknya dan dia sempat berpesan kepada pengikutnya untuk sentiasa menjaga kesihatan diri.
Must-Watch Video