Demam Avengers Bermula! Menara TM Bertukar Jadi Stark Tower

Amri Hassan
April 25, 2018 05:20 MYT
Viral sejak malam tadi apabila Menara TM yang terletak di Bangsar bertukar logo berbentuk A mirip pasukan adiwira Avengers.
Malah, seni bina Menara TM yang seakan-akan sama seperti Stark Tower juga menjadi bahan bualan netizen di media sosial.
"Nampaknya headquarters Avengers telah berpindah ke Kuala Lumpur. Betul ke?" tulis salah seorang pengguna.
"Avengers logo on the TM Tower!Now it does look like the Stark Tower!yeahhh!Avenges Infinity War!" tambah pengguna lain.

Sehubungan itu, TM menerusi media sosial mereka mengesahkan gambar yang tular di media sosial dengan nyalaan logo Avengers di premis milik mereka adalah benar.
"Secretly, Menara TM is Stark Tower," tulis TM menerusi Instagram malam tadi.

Menurut sumber, logo berkenaan boleh dilihat pada jam 8 hingga 10 malam sehingga 29 April ini.
Avengers Infinity War yang dijangka bakal mencatat sejarah kutipan filem di dunia itu akan memulakan tayangannya serentak di seluruh dunia hari ini.
Tertanya-tanya apakah kesudahan filem ini? Nantikan review daripada kami.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Instagram

#Viral #Viral #Avengers Infinity War #Menara TM #Stark Tower