Atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya merangkul pingat emas acara 200 meter (m) T36 (celebral palsy) dengan catatan 26.03s walaupun mengalami demam denggi.
Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Dek Wan ini melakukan pecutan pada 50 meter terakhir sekaligus menewaskan pesaing Indonesia, Muhamad Agung Laksana yang memenangi pingat perak dengan catatan 26.20s di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
Sementara itu, menurut laporan Stadium Astro, Ridzuan akui berasa gembira kerana berjaya meraih pingat emas untuk negara.
"Saya gembira dapat bagi emas untuk negara. Saya datang hari ini dengan pelbagai nasihat doktor dan jurulatih, saya tahu mereka risau tapi emas ini penting untuk saya," katanya.
Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Dek Wan dan berbangga dengan pencapaiannya.
Bagaimanapun, mereka juga meluahkan rasa risau dengan tahap kesihatan atlet berkenaan dan memohon supaya Dek Wan mendapatkan rehat secukupnya.
Terdahulu, Dek Wan terpaksa menarik diri daripada dua acara, iaitu 100m, dan 400m T36 kerana belum pulih sepenuhnya.
Dia kini berada dalam pemantauan pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
@hafizhalim_hh21: Tahniah Dek Wan. Bangga dengan semangat anda walaupun kesihatan kurang baik. #kitasamahero
@babyuca_sensei: Tahniah Wan. Demam-demam pun laju Hehee. Semoga cepat sembuh ya.
@Khairulsharom: Tahniah. Walaupun demam tetap dapat emas. Alhamdulillah. Salute!!
Foto: Stadium Astro / Instagram Kosmo! Online
Mya Amri
Sat Sep 23 2017
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.