Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Demam NSL 2022, Netball Clinic Beri Pendedahan Kepada Masyarakat

Shahrin Zulkifle
20/06/2022 10:45 MYT
Bahang Netball Super League (NSL) 2022 terus terasa dengan kemaraan setiap pasukan menpamerkan aksi hebat dan kekuatan masing-masing.

Bersempena itu, Astro telah berbesar hati memberikan ganjaran istimewa kepada pelanggannya untuk menyertai Netball Clinic yang dihoskan oleh pemain-pemain kebangsaan.

Berlansung selama empat hari pada 4,5,18 dan 19 Jun yang lalu bertempat di Stadium Juara, Mont Kiara Kuala Lumpur dengan melibatkan penyertaan seramai 80 peserta secara keseluruhannya.

Menariknya klinik ini bukan sahaja disertai kaum wanita malahan juga kaum lelaki, dan menurut jurulatih pasukan lelaki negara, Encik Shahrezan menjelaskan klinik ini bertujuan memberi pendedahan dan teknik asas bola jaring kepada peserta yang hadir.

“Sebenarnya tujuan asal klinik ini diadakan adalah untuk kita beri pendedahan asas dan teknik mudah kepada peserta-peserta yang hadir.

“Saya melihat program ini sangat memberansangkan apabila ada penglibatan dari kaum lelaki dan diantara mereka ini yang akan mewakili negara dalam kejohanan luar negara pada hujung tahun ini.

“Dan saya percaya ramai yang berminat di luar sana untuk bermain bola jarring, jadi ini adalah diantara program yang tepat dan sesuai untuk mereka menambah ilmu bola jarring,” ulasnya dengan ringkas.

Terlihat juga kehadiran pemain kebangsaan Siti Norfarhana Mustafa selaku jurulatih Netball Clinic yang mengharapkan ada perubahan dalam diri peserta selepas menghadiri program ini.

“Apa yang dibuat hari ni saya bantu beri pendedahan kepada pemain-pemain mengenai asas bola jaring dan beberapa stratergi yang boleh diaplikasikan dalam permainan mereka.

“Saya juga mengharapkan walau tidak banyak tetapi sedikit peningkatan kepada peserta untuk mereka gunakan terutama ketika di dalam mana-mana kejohanan yang disertai nanti,” kata pemain tinggi lampai itu.

Selain Norfarhana, tiga lagi pemain kebangsaan seperti Puah Pei San, Yap Suo Kuen dan Noramirah Dayana antara yang turun bertindak selaku jurulatih di Netball Clinic.

Dibawakan khas oleh Sooka, peminat boleh membeli tiket di www.ticket.com.my untuk menyaksikan secara langsung di Stadium Juara setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 3 hingga 26 Jun 2022 atau menonton di Astro Arena, saluran 801, atau melalui applikasi Sooka yang boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store.

#NSL 2022 #Netball Clinic #Netball Super League #Siti Norfarhana Mustafa