Hiburan
"Demam Pun Handsome .." - Anak Tya Arifin Jatuh Sakit, Ramai Doakan Arif Jiwa
Foto yang menunjukkan keadaan anak kepada pengacara dan pelakon Indonesia Tya Arifin, Arif Jiwa terbaring sakit telah mendapat perhatian warganet.
Menerusi kapsyen yang ditulis, difahamkan anak sulung Tya itu demam.
"Hati ini teringat sayu. Dirimu yang dulu dihatiku. Telah pergi, tinggalkan aku. Kini ku demam merindu," tulisnya sebagai kapsyen.
Disebabkan demam, bahagian pipi dan telinga Arif bertukar ke warna kemerah-merahan.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang prihatin dengan keadaan Arif yang sebelum ini seorang kanak-kanak yang ceria.
Malah ramai yang mendoakan agar Arif segera sembuh daripada penyakitnya.
"Get well soon comel pipi merah.
"Kesiannya sampai merah pipi @arifjiwaasyraf.
"Demam hendak membesar ya @arifjiwaasyraf.
"Semoga cepat sembuh Arif yang comel.
"Demam pun handsome. Such a looking good boy," tulis netizen di ruangan komen.
Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Menerusi perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.