Demand Staf, Kerah Buat 3 Kerja Serentak, Nama Syakirin Husnal 'Panas' di Indonesia
Amri Hassan
18/01/2021 05:50 MYT
18/01/2021 05:50 MYT
Pengacara televisyen Syakirin Husnal memohon maaf susulan video iklan pengambilan pekerja yang mencetuskan kontroversi hingga ke negara jiran Indonesia.
Dalam video terbabit, Syakirin mencari seorang pekerja yang mampu membuat tiga tugas serentak iaitu jurugambar, juruvideo dan editor.
Bagaimanapun, ia telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen hingga menganggap Syakirin cuba menganiaya dan memperlekehkan kerjaya industri kreatif.
Justeru, Syakirin tampil membuat permohonan maaf berhubung isu terbabit dan menyifatkan ia telah disalah faham oleh segelintir pihak.
"Saya bukan nak mencari kualiti setanding production house, maksud saya pekerja yang saya cari itu pada tahap amatur. Asalkan boleh ambil gambar, video dan edit sikit untuk bahan berita sudah memadai.
"Kalau rasa tak boleh saya tiada paksaan. Jadi, saya minta maaf kepada semua disebabkan salah faham hingga ada yang melabelkan saya kapitalis dan macam-macam lagi," katanya.
Ujar Syakirin, pekerja yang diperlukannya itu hanya untuk suntingan ringkas yang memerlukan siaran cepat dan bukannya bertaraf telefilem atau penggambaran berskala besar.
Malah, dia sendiri akui terpaksa melakukan tugas-tugas terbabit (penggambaran) menggunakan gajetnya sendiri dan suntingan ringkas menggunakan aplikasi mudah seperti Canva.
"Ramai marah sebab saya nak hire satu produksi tetapi seorang saja yang buat kerja. Ramai kata saya membunuh industri, tak tahu kerja produksi dan macam-macam lagi.
"Saya tahu saya tak popular, tetapi dengan ilmu 10 tahun sebagai hos televisyen adalah sedikit sebanyak yang saya belajar daripada kerja belakang tabir. Cuma, saya tak sehebat kalian.
"Saya faham kerja studio lain, penggambaran luar lain dan untuk mendapatkan kerja yang hebat memerlukan ahli yang ramai.
"Ramai juga yang triggered apabila saya cakap nak cepat. Saya minta maaf kalau tak betul tetapi bidang yang saya perlukan ini melibatkan berita dan isu semasa. Ada yang perlu disiarkan terus," katanya.
Justeru, Syakirin menasihati individu yang tidak sependapat dengannya untuk tidak memohon kerja mengikut syarat iklan yang ditawarkan itu.
"Bagi yang kata saya pembuli, tak adil cakap begitu sebab anda tidak mengenali saya pun. Tak suka tak payah minta sebab kami pun susah nak kerja dengan anda," tambahnya.