Hiburan
Demi Alif Satar Peminat Sanggup Pandu Kereta Empat Jam
Seorang peminat sanggup memandu selama empat jam semata-mata untuk menonton lakonan Alif Satar dalam filem terbaru Aliff Dalam 7 Dimensi (AD7D).
Menerusi akaun Instagramnya, peminat wanita itu memberitahu kegigihannya memandu dari Kelantan ke Terengganu berbaloi setelah melihat lakonan Alif Satar dan juga jalan cerita filem berkenaan.
Difahamkan juga AD7D berjaya membuatkan peminat yang dikenali sebagai Nadiah itu ke pawagan untuk menonton filem Melayu buat pertama kalinya.
“4 jam drive dr Klate ke Terengganu, sampai2 trus pegi cari tiket #aliffdalam7dimensi sblm sold out sambil tggu bigbos2 sampai... Harini dlm sejarah, msk cinema sbb nk tgk cite melayu... Semuanya disebabkan oleh En.AW @alifsatar... Naim memang terbaik & tak menyesal masuk cinema for alif's movie... Great job team #ad7d @alifsatar @izzueislam @julianaevansss.. Next mission is IB for #diasemanishoneythemusical #diasemanishoney,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia juga turut memuji ‘team’ produksi AD7D kerana menghasilkan filem yang berkualiti.
Filem AD7D lakonan lakonan Izzue Islam, Alif Satar, Jue Evans dan Kaka Azraf telah pun berada dipawagam seluruh Malaysia sejak 8 September lalu.
Must-Watch Video