Hollywood
Demi Anak, Angelina Jolie dan Brad Pitt Bersatu!
Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan kembali bersama untuk memastikan kebahagiaan anak-anak mereka.
Mereka dilihat bersama menemani anak mereka Zahara dan Shiloh yang menjalani pembedahan.
Menurut sumber seperti yang dilaporkan E! News Brad dan Angie mungkin tidak lagi menjadi pasangan, tetapi mereka tidak akan berhenti menjadi ibu bapa.
“Kedua-dua anak gadis mereka menjalani pembedahan pada awal tahun ini dan dilaporkan sudah kembali pulih.
“Sepanjang proses pemulihan Zahara dan Shiloh, Brad dan Angie mengetepikan perkara lain untuk memastikan anak-anak mereka sembuh dengan baik.
"Ini bukti mereka ibu bapa yang prihatin dan penyayang,” kata sumber.
Selain Brad dan Angie, anak-anak mereka yang lain turut memberikan sokongan moral kepada Zahara dan Shiloh.
“Brad dan Angie tidak bersendirian sepanjang Shiloh dan Zahara sakit, tetapi anak-anak yang lain turut ada bersama.
“Mereka melawat dan banyak membantu sehingga Zahara dan Shiloh pulih. Mereka bawa kad, bunga dan menulis kata-kata semangat.
“Keluarga ini wajar dijadikan contoh kerana sentiasa bersama ketika berada dalam keadaan sukar,” ujar sumber lagi.
Malah Brad juga memutuskan untuk tidak hadir di acara BAFTA 2020 yang diadakan pada Februari lalu untuk menemani dua anak perempuannya di hospital.
Tambah sumber itu lagi, Brad dan Angie sangat fokus dalam menjaga Shiloh dan Zahara sehingga pulih.
Bagaimanapun kedua-dua mereka kembali kepada kehidupan masing-masing selepas pembedahan berakhir.
Sumber: E! News
Must-Watch Video