Laman Utama
Demi Anak Joy Revfa Cuba Ubah Penampilan, Tudung Mula Labuh, Baju Pun Longgar, Ramai Ucap – “Alhamdulillah”
Usahawan kosmetik, Joy Revfa kini secara perlahan mula mengubah penampilan dirinya ke arah yang lebih baik dan sopan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Joy juga mengucapkan terima kasih atas teguran baik yang diberikan kepadanya tentang penampilannya sebelum ini.
“Ibu @arryanfirdausofficial dah kena mula pakai sopan… Malulah Ustaz Arryan dah masuk tahfiz school tapi ibu dia tak pakai tudung dengan betul, nampak rambut, tak pakai pakaian longgar…
“Betul lah tu. Memang sudah tiba masanya… Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan sekeliling yang sudi memberi teguran dengan baik, sabar untuk perbaiki Joy.
“Joy sangat bersyukur atas teguran semua. InsyaAllah, perlahan-perlahan tak apa yang penting niat kerana Allah SWT,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Joy juga memaklumkan menghantar anaknya, Muhammad Arryan Firdaus menyambung pengajiannya di sekolah tahfiz.
Menurut Joy, dia juga berasa sebak kerana impian untuk melihat anaknya menyambung pengajian di sekolah agama tercapai.
“Hari ni hari pertama ke sekolah (sebelum ni PdPR dengan cikgu dan rakan sekelas sahaja), ibu mengiringi Ustaz Arryan Firdaus sampai masuk dalam kelas.
“Walaupun malu-malu nak pergi sekolah tetapi dia steady je tadi... Program sampai ke petang. Ibu setia menemani Arryan," coretnya
Kata Joy lagi, walaupun dia masih lagi berusaha untuk menjadi ibu yang sempurna buat Aryyan namun doanya sentiasa bersama putera kesayangnnya itu.
“Ibu rasa sebak sebab walaupun ibu belum jadi ‘Ibu Yang Sempurna’ lagi untuk Arryan… Allah SWT permudahkan juga Arryan masuk ke sekolah agama yang selama ini memang nak sangat tengok Arryan jadi anak yang soleh dan penghafaz Al-Quran…
“Semoga Arryan dapat jadi lelaki soleh dan berjaya macam Paksu Zharif nanti. Syukur. Alhamdulillah... Doakan yang terbaik untuk Muhammad Arryan Firdaus ya semua,” coretnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya melahirkan rasa syukur dan gembira dengan perubahan Joy.
Must-Watch Video