Hiburan

“Demi Anak Mama, Apa Pun Situasinya Mama Akan...” - Anak Zila Bakarin Masuk Hospital

gempak
Asraf Aided
09/07/2019
02:22 MYT
Sponsor Banner
“Demi Anak Mama, Apa Pun Situasinya Mama Akan...” - Anak Zila Bakarin Masuk Hospital
Pelakon Zila Bakarin memaklumkan anaknya, Kaseh Azri dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam denggi.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Zila berharap agar anaknya itu diberi kesembuhan dengan cepat.
“Penat ya duduk hospital ni, bosan wei.. Cepat baik ya sayang mama,” tulis Zila sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zila turut mengatakan dia akan cuba bersikap tenang walau apapun situasi yang dihadapinya.
“Tapi demi anak mama, apapun situasinya mama akan okay,” tambahnya.
Pelakon yang popular dengan watak anatagonis ini turut meletakkan ‘hashtag’ #demamdenggi untuk memberitahu pengikutnya tentang penyakit yang sedang dihidapi Kaseh.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zila mendoakan agar Kaseh sembuh dalam kadar yang segera.
Zila mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri Izhar pada tahun 2008 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Kaseh, 10, dan Chinta, 7.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live