“Demi Anak Mama, Apa Pun Situasinya Mama Akan...” - Anak Zila Bakarin Masuk Hospital
Pelakon Zila Bakarin memaklumkan anaknya, Kaseh Azri dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam denggi.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Zila berharap agar anaknya itu diberi kesembuhan dengan cepat.
“Penat ya duduk hospital ni, bosan wei.. Cepat baik ya sayang mama,” tulis Zila sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Zila turut mengatakan dia akan cuba bersikap tenang walau apapun situasi yang dihadapinya.
“Tapi demi anak mama, apapun situasinya mama akan okay,” tambahnya.
Pelakon yang popular dengan watak anatagonis ini turut meletakkan ‘hashtag’ #demamdenggi untuk memberitahu pengikutnya tentang penyakit yang sedang dihidapi Kaseh.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Zila mendoakan agar Kaseh sembuh dalam kadar yang segera.