Hiburan

Demi Anak-Anak, Adira Nak Tarik Balik Permohonan Cerai?

gempak
Amri Hassan
14/11/2019
04:42 MYT
Sponsor Banner
Demi Anak-Anak, Adira Nak Tarik Balik Permohonan Cerai?
Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red mendedahkan isterinya itu bakal menarik balik permohonan cerai terhadapnya.
Pendedahan itu dibuat Datuk Red sendiri menerusi ruangan Instastoriesnya pagi tadi dengan memuat naik paparan skrin perbualan bersama seorang individu.
"Adira nak tarik balik perceraian itu. Adira rasa untuk anak-anak Adira tak nak cerai," tulisnya bersama kapsyen Alhamdulillah.
Adira telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gomba Barat, Rawang pada 1 April lalu.
Datuk Red bagaimanapun membantah permohonan cerai itu.
Pasangan itu delah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live