"Demi Baju Raya, Tak Berbaloi Kena Covid 19" - Inul Berang Lokasi Shopping Tanah Abang Sesak
Maliah Surip
03/05/2021 01:50 MYT
03/05/2021 01:50 MYT
Penyanyi dangdut Inul Daratista meluahkan rasa berang apabila melihat lokasi tempat masyarakat tempatan berbelanja, Tanah Abang di Jakarta dipenuhi manusia sedangkan negara itu masih bergelut dengan virus Covid 19 yang agak membimbangkan.
Luahan itu ditulis Inul dalam akaun Instagramnya, semalam. Menurut Inul, dia faham menjelang sambutan Aidilfitri, masyarakat terutama yang beragama Islam membuat persiapan seperti membeli pakaian baharu.
Namun, itu tidak bermakna mereka boleh melanggar arahan dan SOP yang telah ditetapkan oleh Republik tersebut.
"Ya Allah semoga kalian diberikan kesihatan semua ya. Demi baju raya, tak berbaloi kalau terjangkit Covid 19," tulis Inul di Instagramnya.
Inul kemudian melanjutkan bicara dengan menceritakan bagaimana sakit dan sukarnya apabila dia dan keluarga dijangkiti Covid 19 sekitar bulan lalu. Dia mengaku menghabiskan sejumlah duit yang banyak demi mendapatkan rawatan dan bekalan oksigen.
"Saya sekeluarga bulan lalu berhabis ratusan juta duit selepas dijangkiti (Covid 19). Itu belum lagi kami bertarung nyawa kerana oksigen dalam darah turun dan sesak nafas.
"Kami berebut untuk mendapatkan oksigen kerana kebanyakan tabung oksigen di hospital penuh.
"Siapa yang gagal dirawat boleh mati sia sia kerana Covid 19. Mujur Allah masih sayang dan beri kesempatan kami pulih," tulis Inul panjang lebar.
Wanita itu juga takut kalau situasi Covid 19 yang sangat kritikal di India saat ini akan kembali berulang di Indonesia.
Dia juga berharap tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa terhadap situasi yang terjadi di pasar tersebut.
"Jangan sampai menjadi India. Tanah Abang, Helllo? Presiden sudah mengeluarkan lagaran balik kampung, tapi tak boleh juga menjadi begini.
"Sekarang yang salah bukan presiden tapi manusia yang tidak mahu mengikut perintah," luah Inul lagi.
Sekadar rekod, Indonesia mencatatkan sebanyak 1.67 juta kes positif dengan 45, 652 kematian sehingga semalam.
Instagram: @inul.d